GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada PKS mikro yang Lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini termasuk rayuan.
Tarikh pembayaran GKP Tambahan dibuat mulai 25 Mac 2021 secara berperingkat dan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja.
Pemohon boleh menyemak status kelayakan GKP Tambahan mulai 24 Mac 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my)
Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan dibuat mulai 25 Mac 2021.
Permohonan baharu GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 bagi PKS yang tidak menerima GKP 1.0 dan GKP 2.0
GKP 3.0 AKAN MANFAATKAN HAMPIR 1.2 JUTA PKS MIKRO DENGAN PERUNTUKAN RM1.2 BILION. Selanjutnya...